
when I paint, I am painting my EMOTIONS ON the CANVAS and when someone buys my art, they are paying for a piece of my emotional investment
Pelukis kelahiran Johor, Ungku Farrah Ungku Abdul Rahman mampu menghasilkan karya seni tampak setanding dengan pelukis mampan negara.
Ini terbukti apabila beliau mengadakan pameran solo kedua di Balai Seni Maybank di Kuala Lumpur baru-baru ini. Pameran solo pertama diadakan pada 2004.

MAHANI (kanan) kagum dengan lukisan Ungku Farrah selepas merasmikan
pameran solo I Exit di Balai Seni Maybank di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Melalui pameran tersebut jelas mendekatkan dirinya dengan lukisan yang diceburi sejak beberapa tahun lalu.
Beliau yang menghasilkan lukisan My Face yang pertama di kanvas tidak jemu-jemu melukis bagi mengisi masa lapangnya.
My Face merupakan karya pertama yang menampilkan sapuan lembut seorang wanita yang bermain dengan warna biru, hijau dan kuning pada karya di atas kanvas.
"Sentuhan jari jemari wanita dan disulami dengan hati dan perasaan, mampu melahirkan karya seni yang kreatif."
"Saya melukis menggunakan medium akrilik, warna air dan pen warna."
"Saya selami kehidupan nelayan dan persekitaran wanita termasuk burung dan rama-rama dalam seni tampak,'' kata Ungku Farrah ketika ditemui selepas perasmian pameran iExist di Balai Seni Maybank di Kuala Lumpur baru-baru ini."
Pameran tersebut dirasmikan oleh Pengasas dan Pengerusi Yayasan Seni Berdaftar (YSB), Toh Mahani Daim.
Sebanyak 60 buah lukisan dipamerkan pada pameran itu. Ia dijual pada harga RM1,500 hingga RM4,000 setiap satu.
Walaupun Ungku Farrah tidak mendapat pendidikan dalam bidang seni tetapi kemampuannya untuk mendekatkan diri khalayak seni dengan lukisan membolehkan karyanya menjadi tatapan khalayak.
Menurut Ungku Farrah, suaminya, Abdul Malik Sabki sentiasa memberikan galakan untuknya berkarya.
Melalui karya Feeling Blue, beliau meluahkan perasaan yang bergolak ketika itu.
Sapuan warna yang digunakan begitu menarik kerana perasaan menjadi tenang apabila bermain dengan warna pada lukisan kanvas.
Beliau kini mempunyai lebih 300 buah lukisan.